Pengikut

like untok suke..h_h..

Ahad, 10 Februari 2013

REALITI PEMBIMBING

REALITI BAGI SESEORANG YANG MEMBIMBING:


+ setiap harinya akan sentiasa di penuhi dengan pelbagai masalah yang perlu di uruskan

+ namun begitu setiap masalah yang perlu diuruskan merupakan sesuatu yang    perlu ditempuh untuk kebahagiaan orang lain..

+ kebahagiaan yang di kecapi akan sentiasa dirasai hingga sampai ke satu tahap.

+ satu tahap dimana perasaan bahagia itu akan hilang dan sekali lagi memerlukan pembimbing bagi memastikan perasaan itu kembali dan terus berkekalan..

INILAH REALITI SEORANG YANG MEMBIMBING





Rabu, 20 Jun 2012



Kecantikan yang sebenar lahir dari kecantikan budi pekerti seseorang itu,kesantunan dan kelembutan mampu menawan segala-galanya....

Ahad, 3 Jun 2012

iLmu DuNIa


"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."


"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."



Jumaat, 6 Januari 2012

cAl0n pEpeRIksAan

Kepada calon-calon SPM 2012 semoga berjaya dalam perjuangan anda. Juga tidak ketinggalan calon-calon PMR dan STPM agar turut cemerlang dengan jayanya dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Marilah kita sama-sama mengamalkan doa' ini dalam doa' harian kita:

' Allahumma najjihna fil imtihan nabittafauq, fi kulli imtihan nafiddini wal akhirah '

insya-Allah. Sama-sama lah kita mengamalkan doa' ini. ^.^



Jumaat, 23 Disember 2011

> jadi lah orang yang berfikiran jauh.. :)

Lelaki : Weh! Tolong ajar aku buat facebook boleh tak?
Kawan : Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?
Lelaki : Dah. Aku dah ada email pun.
Kawan : Cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer.
Lelaki : Browser tu ape?
Kawan : Laa. Ko klik menu start, lepastu cari tulisan internet explorer.
Lelaki : Lepastu?
Kawan : Kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter.
Lelaki : Oke! Lepastu weh?
Kawan : Kalo dah keluar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada.
Lelaki : Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.
Kawan : Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : Paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’.
Kawan : Oh! Ko salah tulis dari awal tu.
Lelaki : Betul la aku type, www.facebook.com.
Kawan : Hmmmm, mungkin connection internet ko mati kot.
Lelaki : Eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : Cisss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau ko. Rupenye rumah ko takde internet.
Lelaki : Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanks ye.
Kawan : Sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.taikocai@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.
Kawan : Laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh~

Ahad, 13 November 2011

Good Luck In your SPM

To all SMKA Sultan Muhammad SPM candidates good luck and we all pray for your success and do all your best to strive in life!!

Air Mata Sahabat

Di tepi kesedihan menyebar
Isak tangis mewarnai keadaan
Ucapan bela sungkawa menghadiri
Perpisahan terakhir untukmu...
Untukmu, kuteteskan air mata ini
Awal dari perpisahan kita
Kau meninggalkan kami
Tanpa mengucap sepatah katapun
Kau diam seribu bahasa
Kami bertanya, tak ada sahutan
Hanya terlihat dirimu berwajah pucat
Darahmu mengalir sedikit demi sedikit
Akhirnya kau kehabisan darah
Dirimu t`lah tak berdaya lagi
Tak ada keceriaan di wajahmu
Hati nuranimu t`lah meninggalkan dunia
Semangatmu yang membara t`lah tiada
Kecantikanmu yang memukau kini hilang
Senyummu kini t`lah lenyap
Seketika kau tak bergerak di dunia ini
Oh, sahabat...
Mengapa kau meninggalkan dunia
Dunia masih mencintaimu
Tapi Tuhan t`lah memanggilmu

Semoga kau bahagia disana..
Itulah tempat peristirahatan terakhirmu..
Tuhan, berikanlah dia tempat terindah
Agar kami dapat bernapas lega
Aku sedih bukan mainnya
Tanpamu,hidup tak berarti
Namun, kau s`lalu di hatiku
Selamat jalan,sahabat...untuk selamanya.