Pengikut

like untok suke..h_h..

Sekolah

Memaparkan fenomena serta maklumat mengenai sekolah tercinta kami, SMKA Sultan Muhammad.


FALSAFAH SEKOLAH  
Suatu usaha mendidik yang berterusan dan mengemblengkan potensi pelajar pada tahap yang maksima berdasarkan penghayatan Islam sebagai "nizamullah" supaya dapat melahirkan insan bertanggungjawab terhadap Islam,masyarakat dan negara.




PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami,guru-guru dan kakitangan SMK(A)Sultan Muhammad dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab berikrar bahawa kami akan : 
  1. memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua pelajar sekolah ini.
  2. menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini.
  3. memastikan pengajaran dan pembelajaran memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
  4. mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
  5. membentuk sahsiah pelajar berasaskan Pendidikan Islam secara bersepadu dan berterusan.
  6. menguruskan dengan baik segala sumber di sekolah untuk faedah pengajaran dan pembelajaran.
  7. berusaha menghasilkan pelajar seimbang dalam bidang jasmani,rohani,emosi dan intelek.
  8. bekerjasama dengan PIBG dan masyarakat untuk menjayakan program sekolah.
  9. bersedia menerima sebarang cadangan dan terguran positif demi kebaikan sekolah.

BADAN BERUNIFORM

Kadet Polis,Kadet Bomba,Pengakap,Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah Malaysia,Pasukan Silat Seni Gayong,Kadet Pertahanan Awam dan Pasukan Taekwando. 

KELAB & PERSATUAN

Akademik :
  1. Persatuan Bahasa Melayu
  2. Persatuan Bahasa Inggeris
  3. Persatuan Bahasa Arab & Agama Islam
  4. Persatuan Sains & Matematik
  5. Persatuan Sejarah & Geografi
  6. Kelab Seni & Rekacipta
  7. Kelab IT
Bukan Akademik :
  1. Persatuan Usahawan Muda
  2. Persatuan Pengguna
  3. Persatuan Pencinta Alam
  4. Kelab Hadrah & Kompang
  5. Kelab Nasyid & Nazam(Soutul Azim)
  6. Kelab Slad & Prosta
  7. Kelab Bimbingan & Kaunseling
SUKAN & PERMAINAN
  1. Bola Sepak
  2. Bola Tampar
  3. Bola Baling
  4. Sepak Takraw
  5. Hoki
  6. Memanah 
  7. Catur
  8. Boling
  9. Pingpong

Aksi permainan bola tampar

Boling

Pingpong

sepak takraw



SEJARAH SEKOLAH

TAHUN 1967 - 1976 (DEKAD 1)
  • Ditubuhkan pada 1 Mei 1967
  • Peringkat awal dikelolakan di bawah Majlis Agama Islam Melaka
  • Dirasmikan oleh DYMM YD AGUNG pada 21 Ogos 1967
  • Nama dipilih: SM SULTAN MUHAMMAD
  • Statistik : Bilangan murid :70 orang, Bil. guru :3 orang, dan 3 pekerja
  • Pengetua pertama : Ustaz Sabli
TAHUN 1977 - 1986 (DEKAD 2)
  • Pada 1977 telah diambil-alih oleh Kementerian Pendidikan.
  • Nama ditukar kepada SMK(AGAMA)SULTAN MUHAMMAD.
  • Kemasukan dikhaskan untuk murid lelaki sahaja.
  • 1083 - Memperkenalkan kelas Sains Tulen di Tingkatan 4.
  • 1985 - Kelas Syariah pula untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah.
TAHUN 1987 - 1998 (DEKAD 3)
  • Beberapa bangunan tambahan untuk sekolah dan asrama.
  • Kini terdapat 686 orang murid,52 orang guru dan 25 staf lain. Bilangan kelas - 23 buah.
  • Usianya menjangkau 31 tahun dalam 3 dekad.
PEMIMPIN SEPANJANG 3 DEKAD
  • Ustaz Sabli Hj Muhamad (1967-1976)
  • Ustaz Ad.Kadir Hj Mohd.Yasin (1976-1985)
  • Ustaz Wazli bin Talib (1985-1986)
  • Ustaz Jaafar A.Hamid (1986-1994)
  • Ustaz Hj. Md. Salleh Hj. Ahmadi (1994)