Pengikut

like untok suke..h_h..

Asrama


DEFINISI
Asrama adalah suatu tempat penginapan yang ditujukan untuk anggota suatu kelompok, umumnya murid-murid sekolah.
Asrama biasanya merupakan sebuah bangunan dengan bilik-bilik yang dapat ditempati oleh beberapa penghuni di setiap dorm. Para penghuninya menginap di asrama untuk jangka waktu yang lebih lama daripada di hotel atau losmen. Alasan untuk memilih menghuni sebuah asrama  kerana tempat tinggal asal si penghuni yang terlalu jauh, 

LATAR BELAKANG

Asrama sekolah ini dari segi kemudahan fizikalnya telah mengalami pertumbuhan dan peningkatan dari semasa ke semasa, selaras dengan keperluan pengurusan,sama ada dari segi makanan, kemudahan peralatan dan personal serta pengurusan kurikulum dan ko kurikulum penghuni asrama. Ini bertujuan mewujudkan suasana kehidupan asrama sebagai pengganti institusi rumah yang mempunyai tujuan mengasuh dan mendidik pelajar supaya jasmani,emosi, rohani dan intelek mereka boleh berkembang secara seimbang.

Kini, asrama SMKA Sltan Muhammad terdiri daripada 4 blok: A,B,C, dan D serta bolehmenampung 620 orang pelajar yang semuanya lelaki.Setakat ini penghuni asrama berjumlah 540. Sebagai asrama harian, ia menampung hampir 80% pelajar sekolah iniyang datang dari berbagai negeri hususnya Negeri Melaka.

Asrama SMKASM mempunyai 10 warden termasuk seorang ketua wardendan seorang warden wanita. 6 rang warden tinggal di kawasan sekolah dan 4 orang orang warden tinggal di luar.

FALSAFAH ASRAMA

Sesuai dengan kedudukan sekolah ini, sebagai sekolah agama,maka, adalah menjadi hasrat kami bahawa asrama SMKASM mampu memberikan input dan orientasi kepada penghuninya sebagai satu pendekatn atau agenda kearah melahirkan pelajar yang bertakwa. Kecemerlangan akademik dan kemantapan akhlak adalah menjadi " Motto " asrama kami.

OBJEKTIF
  • Melahirkan pelajar yang bercirikan akhlak Islamiah.
  • Mampu menghadapi cabaran semasa dengan keimanan dan ilmu.
  • Mengnali diri sebagai pewaris budaya Islam dan mampu menjadi ejen penyebarannya.
Program Asrama

Ceramah dan motivasi
Penyampaian Hadiah

Makan bersama

Karnival Sukan Asrama