Pengikut

like untok suke..h_h..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Apa itu Kaunselig?

Kaunseling ialah proses memberi pertolongan kepada seseorang untuk membuat pilihan-pilihan yang bijak dan penyesuaian. Kaunseling tidak membuat pilihan untuk seseorang itu tetapi menolongnya membuat pilihan, supaya boleh menimbulkan kebolehan untuk membuat keputusan sendiri tanpa pertolongan orang lain.

Kaunseling juga satu perhubungan bersemuka dalam situasi seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubugan ini mempunyai ciri seperti komunikasi yang efektif, hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan-keperluan, masalah-masalah serta perasaan-perasaan klien (murid)

Kaunseling bukan sesi sembang-sembang atau bercerita kosong. Kaunseling menggambarkan satu proses menolong dengan teori dan kemahiran-kemahiran yang khas serta menitik beratkan konsep kerahsiaan iaitu setiap yang berlaku dalam sesi kaunseling hanyalah antara klien dan kauselor sahaja (ETIKA KERAHSIAAN)

Kaunseling mempunyai matlamat tertentu dan dijalankan di tempat khas (khususnya di bilik kaunseling), pada masa yang telah dipersetujui bersama, dan dikendalikan oleh seorang yang terlatih dalam bidang kaunseling.

Dalam kaunseling, kaunselor bukan berfungsi untuk menyelesaikan masalah klien. Peranan kaunselor adalah membantu klien memahami masalahnya untuk terus bertindak menyelesaikan masalah berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan