Pengikut

like untok suke..h_h..

Jumaat, 14 Oktober 2011

KENALI TOKOH-TOKOH ISLAM =)


AL-FARABI
Tokoh Abu Al-Nasr Al-Farabi (محمد فارابی) atau dikenali sebagai Al-Pharabius di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Islam yang hebat di dalam dunia Islam pada ketika itu,beliau hidup antara tahun 870 - 950. Dia berasal dari Farab, Kazakhstan.


IBNU SINA
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.


IBNU KHALDUN
Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

AL KHAWARIZMI
Tokoh Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi أبو عبد الله محمد بن موسى الخوارزمی atau Abū Jaʿfar Muḥammad ibn Mūsā al-Khwārizmī أبو جعفر محمد بن موسى الخوارزمی atau juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) adalah seorang pakar dalam bidang matematikastronomi dan geografi dari Iran. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan