Pengikut

like untok suke..h_h..

Jumaat, 14 Oktober 2011

kesabaran seorang beriman

Pada zaman Rasulullah terdapat seorang lelaki yang sangat suka pergi menunaikan solat berjemaah di masjid.Pada suatu hari ketika dalam perjalanan ke masjid dia terjatuh maka dia pulang ke rumah untuk menukar pakaian dan pergi ke masjid semula dan sekali lagi dia terjatuh dengan penuh kesabaran dia pulang ke rumah untuk menukar pakaian sekali lagi.Dia pergi ke masjid semula dan kali ini dia ditemani oleh seorang pemuda yang membawa bersama lampu yang dapat menerangi perjalanan lelaki itu ke masjid apabila tiba di masjid lelaki itu mengajak pemuda yang membantunya itu solat bersama.Tetapi pemuda itu enggan dan lelaki itu bertanya mengapa? Lalu pemuda itu berkata akulah syaitan, aku membantu kamu kerana akulah yang menyebabkan kamu jatuh dan kamu pulang ke rumah untuk menyalin pakaian untuk ke masjid dengan penuh kesabaran maka seluruh dosa kamu diampunkan Allah S.W.T.Untuk kali kedua kamu pulang ke rumah seluruh dosa ahli keluarga kamu diampunkan.Aku membantu kamu untuk ke masjid ini kerana aku tidak sanggup melihat seluruh penduduk kampung ini diampunkan dosanya.Begitulah besarnya fadhilat orang yang sabar ketika menempuh ujian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan